Ibu-ibu yang sanggup “usaha lebih” untuk tampil sedondon dengan anak seharusnya diberikan pujian. Kerana, bukan mudah untuk mendapatkan kerjasama anak-anak terutamanya jika masih kecil.
.
.
Walaupun ada yang rasa tak penting, tetapi, menjaga penampilan dan pemakaian adalah satu bentuk pendidikan tidak formal kepada anak-anak. Menjaga penampilan secara tidak langsung akan mendidik kanak-kanak mengenai pengurusan diri, kebersihan diri, dan menyesuaikan diri dengan situasi.
.
.
Jadi harini Bumsnbums akan berkongsi 5 TIPS penting untuk ibu-ibu yang nak tampil sedodon dengan anak-anak.
.
.
RANCANG AWAL
Sebaiknya, rancang 1 hari awal baju yang ingin dipakai. Sterikakan jika perlu, gantung di tempat yang mudah ambil dan sediakan accessories lain jika perlu.
SIAPKAN ALAT KEKEMASAN DIRI
Ready dengan tisu basah, kain lap, dan seumpamanya, yang boleh kita bawa dalam perjalanan jika anak-anak mengotorkan baju secara tidak sengaja. Ini termasuk juga dengan susu, bekal, ataupun alak solek seperti minyak rambut, sikat dan bedak.
SIAPKAN MENTAL KANAK-KANAK
Ceritakan kepada anak-anak, yang kita akan pakai baju sama, nak jalan-jalan, nanti jangan comot-comot dan sebagainya. Cipta keseronokan supaya mereka tidak sabar dan rasa moment istimewa itu. Maklumkan apa yang boleh apa yang jangan dibuat sedikit sebanyak untuk mengajar disiplin dan etika diri.
PILIH MATERIAL YANG SESUAI
Jika berada dalam penghawa dingin sepanjang masa, material tidak menjadi isu besar. Namun dengan cuaca Malaysia, fabrik kapas adalah digalakkan. Elakkan material yang terlalu tebal dan mampu memerangkap haba.
AMBIL GAMBAR BERSAMA DI AWAL PERJALANAN
Jangan tunggu! Kerana perjalanan boleh merosakkan penampilan dan mood anda semua. Ambil gambar ootd dan moment awal-awal ketika semua masih nampak kemas dan rapi.
.
.
Secara statistik, gambar family yang berpakaian sedodon dan sama mendapat like 4 kali ganda lebih banyak berbanding gambar biasa. Jika mommies nak cuci mata dengan produk sedondon ibu dan anak Bumsnbums, mommies boleh cuci mata dengan koleksi Moms&Me.