Haa, mommies jangan tak percaya pulak sebenarnya pemilihan warna ni boleh memengaruhi mood and emosi anak-anak kita juga tauu. Jadi memang penting untuk kita as parents pilih warna yang tepat dan yang sesuai lagi-lagi untuk bilik tidur mereka. Pemilihan warna yang tepat ni dapat memberikan anak-anak aura positif serta dapat tidur yang lebih lena.
Mommies mesti tertanya-tanya warna apa agaknya yang tak sesuai tu kann ? Selama ni kita main pilih je warna apa pon janji cantikk sedap mata memandang. hehe So, harini kita share beberapa warna yang mommies boleh elak untuk guna di bilik tidur anak mommies agar mood mereka tidak terganngu k

Warna Merah
Warna merah ni merupakan warna yang hangat yang dapat membuatkan seseorang itu lebih bersemangat, aktif serta agresif dan menimbulkan perasan melawan. Seeloknya mommies semua tidak menggunakan warna ini di bilik tidur anak-anak kerana warna boleh menimbulkan rasa tekanan serta rasa ketidaksabaran.

Warna Hitam
Walaupun pakai warna hitam tu orang kata nampak menawan and chic tapi tak semestinya warna itu dapat memberi impak yang positif kalau kita gunakan sebagai warna dinding bilik tidur. Warna hitam ni sebenarnya boleh membuat ruang bilik itu kelihatan lebih suram, sempit dan gelap, bila warna bilik sebegini sudah tentu membuatkan anak-anak kira rasa kurang bermaya dan tidak bersemangat untuk membuat sesuatu.

Warna Kuning
Warna kuning ni warna yang ceria, hangat serta warna yang bertenaga. Namun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak-anak kerana warnanya yang terlalu terang boleh membuatkan anak-anak merasa silau and sukar untuk tidur.

Jadi boleh lah mommies elak guna 3 warna ni ye kalau nak anak-anak dapat tidur yang lena setiap malam. Sebaliknya mommies boleh cuba untuk guna warna-warna cerah yang dapat memberika aura positif seperti warna biru, merah jambu atau ungu.
Jap mommies, kalau dah pilih warna bilik tidur yang sesuai jangan lupa jugak pilih baju tidur yang selesa, Confirm anak-anak mommies tidur lena sepanjang malam tauu. Mommies boleh tengok baju tidur yang selesa di website bumsnbums k
