Macam yang mommies tahu, anak-anak sekarang ni semua sekolah dari rumah je atau nama pendeknya PdPR lahh kan. Mommies mesti rasa macam alamak macam mana ni sekolah dari rumah je, risau anak-anak tak focus and cepat bosan pulak nanti. 😱
 
No worries mommies harini kita share tips-tips yang mommies boleh guna untuk bagi keseronokkan and hilangkan rasa bosan anak-anak semasa PdPR okayy 🥰
1. Sediakan jadual untuk anak-anak
Sekarang ni anak-anak duduk di rumah saja tak ke sekolah, jadi as parents kita kena sediakan satu jadual untuk anak-anak belajar di rumah. Tapi janganlah setiap masa nak suruh anak belajar je pulak hehe takut makin bosan pulak anak-anak kita nanti. Jadi mommies boleh selitkan aktiviti lain yang boleh anak-anak buat contohnya jika waktu pagi sesi PdPR jadi sebelah petang boleh buat aktiviti beriadah di halaman rumah, buat mini game bersama adik beradik yang lain atau mewarna dan melukis. Yang penting anak rasa seronok and tidak bosan.
2. Sediakan ruang pembelajaran yang selesa
Yang ni pon memainkan peranan penting tau mommies sebab suasana persekitaran dapat mempengaruhi ana-anak kita sama ada diaorang kekal focus atau hilang focus. Jadi seeloknya mommies sediakan ruang belajar yang selesa untuk mereka seperti sediakan meja untuk menulis, ruang belajar yang cukup terang dan tidak gelap serta tidak berdekatan dengan television atau gangguan luar yang lain yang boleh membuatkan mereka hilang focus.
3. Siapkan anak-anak dengan pakaian yang selesa
Mommies jangan lupa pula yang satu ni penting jugak tau lagi-lagi kalau kelas start pagi-pagi. So nak naikkan mood anak-anak rasa excited nak mulakan kelas mommies kena lah pakaikan diaorang dengan baju yang sesuai, kemas and yang penting selesa and tak merimaskan. Bila diaorang pakai cantik-cantik mesti diaorang rasa semangat and tambah keyakinan diaorang dengan penampilan diri yang kemas. Tak semestinya duduk belajar di rumah tak perlu dress up bila masuk kelas ye mommies. hehe
 
        
BTW kalau mommies nak cari baju yang sesuai and selesa untuk anak-anak pakai semasa PdPR boleh lah usha baju di website Bumsnbums okayy. 😘 Untuk anak girl boleh pakai kaftan sofea printed , untuk anak boy boleh pakai casual set 🥰
 
Boleh usha kat bawah ni k mommies