
Antara mommies dengan daddies mana yang lagi rapat dengan anak-anak ? Atau ada tak mommies and daddies yang kadang-kadang sibuk sangat bekerja sampai lama-lama hubungan dengan anak-anak pon dah tak serapat macam dulu-dulu ?
Mesti sedih kan mommies.

Tapi jangan risau okayy, harini kita share sikit cara yang mommies and daddies boleh try untuk rapatkan semula hubungan dengan anak-anak. 


Music
Kalau mommies nak tahu dengan music kita dapat rapatkan hubungan dengan anak-anak, tak kisah sama ada mendengar music atau bermain alat music. Bila kita berkongsi citarasa music yang sama dengan anak-anak sudah tentu dapat membuatkan anak-anak rasa lebih dekat dengan kita.

Memasak bersama
Bila kita masak bersama anak-anak sudah tentu banyak masa yang akan diluangkan bersama. Lagi-lagi jika kita mencuba sesuatu resepi baru bersama-sama, ini akan membuatkan anak-anak rasa diri mereka memberi sumbangan atau pertolongan dalam menjayakan sesuatu benda. Selain dapat memberi ruang mereka belajar sesuatu yang baru, ia juga dapat membuatkan anak-anak rasa selesa untuk berkongsi rasa dengan ibu bapa.

Play
Selalunya ibu bapa pasti akan membiarkan anak-anak untuk bermain sendiri dengan mainan yang sudah dibelikan. Tapi sebenarnya kita juga kena ada bersama mereka semasa bermain supaya anak-anak rasa yang ibu bapa mereka memberi perhatian kepada mereka walaupun ketika bermain. Dengan ini juga secara tidak langsung dapat membuatkan ibu bapa dapat melihat kelebihan serta sisi lain anak-anak.

Mendengar luahan mereka
Yang ni paling penting okayy. Kebiasaannya cara ini yang paling mudah untuk merapatkan hubungan dengan anak-anak. Apabila kita sering bertanya perkembangan mereka serta mendengar masalah yang dihadapi, anak-anak tidak akan menjauh atau rasa mempunyai halangan untuk berkongsi perasaan and emosi mereka secara jujur dengan ibu bapa.

Fashion
Setuju tak kalau mempunyai citarasa fashion yang sama dengan anak-anak dapat membuatkan anak-anak rasa rapat dengan ibu bapa ? Kadang-kadang dengan pakai pakaian yang sedondon 1 family ni dapat membuatkan anak-anak happy sebab mereka ada baju yang sama and nampak cantik seperti parents mereka. Secara tak langsung bila nak pakai pakaian yang sama kita akan luangkan masa dengan mereka untuk shopping and pilih outfit bersama.
Haa mommies yang baca ni dah ada matching outfit belum dengan anak-anak ?
Kalau tengah cari matching outfit yang baru mommies boleh usha website bumsnbums. Kita ada keluarkan collection baru untuk Kaftan Sofea.

