Setiap ibu bapa pasti sudah mencuba banyak cara untuk memastikan anak-anak selesa dan gembira semasa tidur. Satu cara adalah dengan membeli pyjamas cartoon untuk mereka.
Ini boleh memberi semangat kepada anak-anak apabila tiba waktu malam kerana mereka tidak sabar memakai pyjamas yang cantik dan warna-warni.
Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 11 pyjamas cartoon yang anda boleh pilih. Kami juga akan memberi anda beberapa tips untuk memilih baju tidur kanak-kanak.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
11 Pyjamas Cartoon
Semua baju yang kami cadangkan kepada anda datang dari katalog Bums & Bums. Baju tidur ini semua dibuat dari kain yang sangat selesa supaya anak anda dapat tidur dengan lena.
1. WHITE KITTEN RED PYJAMAS (RM29.00)
Cadangan pyjama pertama kami adalah baju tidur yang bertemakan watak kucing yang sangat terkenal di seluruh dunia iaitu Hello Kitty.
Ini sangat sesuai bagi anak perempuan anda kerana watak ini sangat disukai dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Mereka pasti akan teruja apabila lihat pyjama ini.
2. DINOSAUR RED PYJAMAS (RM19.90)
Pyjamas cartoon kedua adalah baju yang mempunyai cartoon-cartoon dinosaur di seluruh baju dan juga seluar. Corak ini sangat sesuai bagi anak lelaki anda.
Kebanyakan kanak-kanak lelaki suka tengok cerita atau main mainan yang berunsur dinosaur. Oleh itu, mereka pasti akan suka baju ini!
3. LITTLE DUCK LIGHT BLUE PYJAMAS (RM29.00)
Seterusnya adalah pyjamas yang bertemakan watak Disney yang sangat terkenal iaitu Donald Duck dan Daisy Duck. Warna baju iaitu biru cair sangat cantik.
Ini sesuai untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan kerana terdapat dua-dua watak. Terdapat saiz dari 1 tahun hingga 12 tahun bagi baju ini tertakluk kepada stok.
4. LITTLE DOLL PINK PYJAMAS (RM29.00)
Bagi anak anda yang suka bermain dengan anak patung, baju ini sangat sesuai untuk mereka! Terdapat banyak jenis anak patung di seluruh baju dan seluar ini.
Pyjama ini yang berwarna merah jambu sangat cantik dan boleh dipakai oleh anak perempuan anda.
5. BEEP BEEP TRUCKS BLACK WHITE PYJAMAS (RM29.00)
Pyjama cartoon yang berwarna hitam putih ini bertemakan traktor dan kereta sodok. Jika anak anda suka bermain dengan mainan seperti ini, mereka pasti akan suka!
Mereka akan berasa teruja setiap kali mereka memakai pyjama ini kerana terdapat cartoon mainan kegemaran mereka.
6. MOUSE PINK WHITE PYJAMAS (RM19.90)
Baju tidur kanak-kanak ini juga bertemakan watak Disney. Kali ini pula mempunyai watak Mickey dan Minnie Mouse dan berwarna merah jambu dan putih.
Bagi kanak-kanak yang suka menonton cerita Disney, baju ini sangat sesuai bagi mereka!
7. BUNNY AND FRIENDS BLACK PYJAMAS (RM19.90)
Pyjama kanak-kanak yang ketujuh dalam cadangan kami adalah baju yang bertemakan rancangan TV kanak-kanak yang sangat terkenal iaitu Looney Tunes.
Watak seperti Bugs Bunny dan Tweety boleh dilihat dalam corak pyjama ini. Cartoon yang cantik ini pasti akan menarik perhatian anak anda.
8. RACE CAR RED PYJAMAS (RM19.90)
Pyjama yang berwarna merah ini sesuai untuk anak anda yang suka bermain dengan kereta-kereta mainan. Ini kerana baju ini bertemakan cartoon kereta lumba.
Seperti baju yang lain, ia boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja kerana kainnya yang sangat lembut dan juga coraknya yang menarik.
9. ADORABALE DINO NORTHERN SKY BLUE (RM29.00)
Ini juga merupakan pyjama kanak-kanak yang bertemakan dinosaur. Namun kali ini ia mempunyai cartoon dinosaur yang comel dan pelangi.
Ia lebih sesuai bagi kanak-kanak perempuan kerana coraknya berwarna yang cerah-cerah seperti warna merah jambu.
10. BUTTERFLY STRIPE WHITE PYJAMAS (RM29.00)
Pyjama cartoons seterusnya adalah bertemakan rama-rama dan mempunyai corak belang hitam putih di bahagian baju dan seluar.
Cartoon rama-rama yang berwarna-warni sangat sesuai bagi anak perempuan anda.
11. GOLD MATERIALS GREEN TURQUOISE PYJAMAS (RM29.00)
Cadangan kami yang terakhir sangat menarik untuk kanak-kanak dan juga ibu bapa.
Corak baju tidur ini ala-ala tema cerita Harry Potter.
Jika anda merupakan peminat cerita Harry Potter, anda boleh membeli pyjama ini untuk anak anda!
Terdapat banyak cartoon kecil-kecil yang bertemakan warna emas dan Harry Potter. Ia sangat cantik dan boleh dipakai oleh anak anda.
Tips Pemilihan Baju Tidur Kanak-Kanak
Di bahagian ini, kami akan memberi anda beberapa tips semasa anda mencari baju tidur untuk anak anda.
Jika anda mencari baju tidur untuk anak anda, anda perlu memastikan baju yang dibeli mempunyai kain yang selesa dan tidak terlalu tebal.
Ini kerana jika ia terlalu tebal, anak anda akan berasa panas dan mungkin mempunyai kesusahan untuk tidur dengan lena.
Untuk kanak-kanak, mereka akan memilih baju atau mainan yang mempunyai corak atau warna yang cantik dan menarik.
Oleh itu, anda juga perlu mengikut mereka dan mencari baju tidur yang mempunyai corak yang menarik.
Jika anda memilih corak yang huduh dan warna yang gelap, mereka mungkin tidak akan berminat untuk memakai baju tidur tersebut.

Tips kami yang terakhir boleh menjimatkan duit anda. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak membesar dengan sangat pesat.
Oleh itu, baju yang dibeli perlu lebih besar dari saiz mereka sekarang. Ini supaya mereka dapat memakai baju tersebut dengan lebih lama.
Jika anda membeli saiz yang kecil, mereka mungkin dapat memakai baju tersebut untuk beberapa bulan sahaja dan duit anda akan dibazir.
Kesimpulannya, terdapat banyak pyjamas cartoon yang anda boleh memilih dari katalog Bums & Bums.
Jika anda berminat untuk beli baju tidur kanak-kanak, anda boleh lihat katalog Bums & Bums untuk dapat tahu dengan lebih lanjut.
Selain dari baju tidur, Bums & Bums juga menjual baju untuk kanak-kanak seperti Kurta dan kemaja kanak-kanak.