Kemajuan teknologi membolehkan kita membuat banyak perkara dari hujung jari sahaja. Antaranya adalah membeli baju baby online.

Pilihan ini juga lebih selamat dan mudah lebih-lebih lagi ketika ramai yang gemar untuk berbelanja barangan bayi ketika duduk di rumah.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai sebab-sebab untuk beli baju baby online dan tips yang anda wajib tahu sebagai seorang ibu.


Kenapa Perlu Beli Baju Baby Online?


Terdapat beberapa sebab mengapa anda perlu beli barangan bayi secara online:

1. Jimat Tenaga

Perkara yang paling letih jika kita keluar untuk membeli belah sudah pasti adalah waktu kita beratur. Waktu untuk menunggu bayar mungkin lebih lama daripada waktu anda memilih barang. 

Ini berlaku terutamanya pada waktu cuti dan hujung minggu. Ia sangat letih dan rimas bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

Tetapi perkara ini boleh diatasi jika anda beli barang online. Anda hanya perlu menunggu tempoh penghantaran selepas anda membayar.

2. Banyak Pilihan

Ini merupakan kelebihan yang sangat menarik untuk anda. Berbanding dengan di kedai fizikal, anda mungkin tidak dapat melihat semua barang yang ada kerana ia sudah kehabisan stok.

Tetapi jika anda beli online, anda boleh lihat katalog penuh dan boleh membandingkan harga setiap barang. Ini memberikan anda pilihan yang banyak berbanding di kedai fizikal.

Anda juga tidak perlu risau jika mahu beli banyak pakaian bayi dan kanak-kanak pada waktu yang sama kerana semua pesanan akan dihantar oleh syarikat tersebut.

baju baby online

3. Banyak Promosi

Jika anda selalu melayari laman web seperti Shopee atau Lazada, anda mungkin sudah biasa dengan promosi seperti 11.11 dan 12.12.

Promosi-promosi ini biasanya tidak akan ditawarkan di kedai fizikal terutamanya pada waktu pandemik ini. Promosi biasanya hanya akan ditawarkan online.

Jika anda beli barang seperti baju online, anda akan menjimat dengan banyak berbanding jika anda beli di kedai fizikal.

4. Lebih Menyenangkan

Sebagai seorang ibu, sudah pasti anda perlu menjaga anak kecil. Ini akan menyebabkan anda untuk tidak dapat memilih baju dengan elok kerana anda bercepat-cepat.

Tetapi jika anda membeli online, anda tidak perlu melalui semua proses itu kerana boleh buat dari rumah sahaja.

Dengan ini, anda akan lebih selesa dan memudahkan proses untuk anda membeli baju untuk anak anda.

baju baby online

10 Tips Beli Baju Baby Online Yang Ibu Wajib Tahu

Sekarang kami akan mencadangkan kepada anda beberapa tips untuk anda ingat semasa mencari baju untuk anak anda.

1. Selalu Membandingkan Harga

Satu kelebihan yang anda memiliki jika beli barang online adalah anda tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan.

Oleh itu, lebih bagus untuk anda bandingkan harga barang dengan beberapa syarikat dan laman web lain untuk mencari harga yang paling bagus.

2. Pilih Saiz Yang Lebih Besar Sedikit

Jika anda membeli baju baby online, lebih elok untuk anda beli saiz yang lebih besar untuk anak anda. Dengan ini, anak anda boleh pakai dengan lebih lama.

Ia juga boleh menjimatkan duit anda kerana tidak perlu beli baju yang baru lagi untuk anak. 

Selain itu, anda juga tidak akan mengambil risiko kerana saiz yang ditunjukkan mungkin tidak sama dengan yang anda sudah biasa.

3. Cari Kedai Yang Boleh Dipercayai

Pemilihan kedai online perlu diteliti sebaik mungkin sebelum membuat pembelian.

Ada di kalangan penjual online yang meragukan serta mempunyai rekod yang tidak baik seperti penghantaran barang yang lambat, review pelanggan yang tidak memuaskan dan kesukaran untuk dihubungi.

Sebaiknya pilih kedai yang mempunyai laman web tersendiri serta mempunyai review pengguna yang memuaskan agar anda dapat membuat pembelian dengan yakin dan selamat.


  • Selalu Mencari Promosi
  • Anda boleh melayari media sosial seperti Twitter dan Instagram untuk mencari promosi-promosi terbaru daripada pengeluar baju baby.

    Kebiasaannya, promosi akan dihebahkan di laman sosial syarikat tersebut ataupun melalui emel.

    Dengan cara ini, anda boleh menggunakan peluang semasa promosi untuk berbelanja dengan banyak sambil memperoleh penjimatan yang ditawarkan.

    baju baby online

    5. Daftar Sebagai Ahli

    Di antara strategi marketing yang biasa dilakukan oleh kedai-kedai online adalah dengan meminta pelanggan mendaftar sebagai ahli.

    Tujuan utamanya adalah untuk menarik pelanggan untuk terus berbelanja dengan kedai tersebut dan melakukan pembelian dengan harga yang lebih murah berbanding harga bukan ahli.

    Selain itu, anda juga memperolehi pelbagai ganjaran seperti mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan dengan pembelian lain.

    baju baby online

    6. Pilih Kedai Yang Anda Sudah Biasa

    Ini juga merupakan tip yang sangat berguna untuk anda. 

    Sebagai contoh, jika anda sudah biasa membeli kasut Nike, maka ia lebih elok untuk anda di kedai Nike lagi kerana anda sudah biasa dengan produk mereka.

    Ini membolehkan anda untuk tidak risau dengan kualiti barang tersebut kerana anda sudah biasa. 

    Tetapi, anda boleh tanya kawan-kawan anda tentang syarikat lain supaya dapat cadangan yang baik dari mereka.

    7. Jangan Terpedaya Dengan Harga Terlalu Murah

    Walaupun harga barang yang dijual secara online adalah murah, namun tidak semuanya berkualiti.

    Ini kerana ramai kedai akan menawarkan harga-harga diskaun yang sangat rendah untuk menghabiskan barang mereka.

    Adalah lebih baik membuat perbandingan harga serta melihat review-review pelanggan terdahulu sebelum membuat pembelian.

    8. Buat Kajian 

    Sebelum anda membeli barang seperti baju baby, anda perlu membuat kajian tentang kain yang digunakan, warna dan juga tahap keselesaan.

    Ini kerana anak anda mungkin mempunyai alahan terhadap beberapa bahan dan barang. Jika anda sudah membuat kajian, anda tidak perlu risau lagi.

    Anda juga boleh melihat semua warna yang anda dan buat keputusan awal untuk pastikan warna baju yang paling sesuai untuk anak anda.

    9. Berpakat Dengan Kawan

    Jika anda mempunyai kawan rapat yang juga merupakan seorang ibu, anda boleh kongsi kos penghantaran untuk membeli baju.

    Selain itu, terdapat sesetengah kedai yang menawarkan promosi seperti ‘Beli 3 dapat 1 percuma’, anda boleh kongsi dengan kawan anda tentang promosi ini.

    Dengan ini, anda akan menjimat duit dengan lebih banyak dan dapat membeli baju baby online dengan murah.

    10. Jangan Membeli Banyak Dalam Sekali Gus

    Ini sangat penting bagi ibu semasa anda membeli baju untuk anak anda terutamanya pada waktu mereka masih bayi.

    Ini kerana mereka akan membesar dengan cepat dan mungkin hanya akan dapat memakai baju tersebut pada waktu beberapa bulan sahaja.

    Oleh itu, anda perlu fikir kos jangka lama supaya anda tidak membazir duit.

    Kesimpulannya, ia sangat senang dan lebih menyenangkan untuk anda membeli baju baby online. Anda boleh mengikut tips yang kami cadangkan semasa anda melalui proses membeli.

    Jika anda mencari kedai untuk membeli baju baby online di Malaysia, anda boleh lihat Bums & Bums.

    Anda boleh ke laman web kami untuk melihat katalog kami. Jangan melepaskan peluang ini!